Friday, April 2, 2010

tEntAnG cInTe

jangan biarkan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesal perbuatan kamu itu....
-hargai orang yang menyanyangi kamu,bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita,yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan,cinta itu istimewa jika diberikan kepada orang yang bertuah.
-jika anda benar-benar bertemu dengan orang yang menghargai anda,maka dia berhak mendapat kasih anda menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama,kita bermain mengikut peraturannya,kemudian lupakan peraturan dan main ikut hati..

dalam percintaan terdapat beberapa perkara yang perlu disedari,apabila anda bercinta....ia bukan pasport untuk anda difahami,tetapi untuk anda memahami,ia bukan pasport untuk anda mendengar,bukan supaya anda didengar.Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur,bukan untuk anda meminta itu dan ini.Ia bukan untuk anda berkira-kira dan mengukur,tetapi untuk anda mencintai.

Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda.Dari kalangan yang and apilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.

Kita selalunya tak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita,kemudian kita akan sedih da menyesal mengingatkannya...

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu...
-masa akan menentukan segalanya,jika dia ditakdirkan bersama anda,dia akan kembali...


terima ksih kepada Nazatul Amira Binti Abu Safian c0z da bg ayt ni kt ak...semoga kau ngan orang yang ko syg,always happy in l0ve...erm..Nazatul Amira n Aniq Imran Shahrizal....

No comments:

Post a Comment